Ads 468x60px

Saturday 24 December 2011

Aktiviti-Aktiviti Hal Ehwal Murid

Majlis Sumbangan Pakaian Seragam Sekolah Oleh MBSB
Program ini telah diadakan pada 15 November 2011. Seramai 30 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menerima sumbangan yang berupa sepasang pakaian seragam sekolah berserta beg dan kasut dari pihak MBSB. Pihak MBSB telah menyediakan perbelanjaan sebanyak RM3000.00 bagi tujuan ini. Satu rombongan kecil dari pihak MBSB telah sudi hadir ke SKTJ bagi menyempurnakan majlis tersebut. 



Gotong Royong Perdana SKTJ 2011
Program ini telah berlangsung pada 29 Oktober 2011 telah melibatkan ibubapa, guru-guru dan murid-murid Tahun 5 dan 6. Program yang  bermula pada pukul 9.00 pagi ini bertujuan membersihkan kawasan disekeliling serta mengecat pagar hadapan sekolah disampin mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru-guru SKTJ. Seramai hampir 40 orang waris murid-murid telah hadir memberi sumbangan tenaga dan pihak PIBG juga telah menyumbangkan peruntukan makanan dan minuman bagi semua yang terlibat dalam program ini. Kerjasama yang baik ini telah membantu program ini mencapai objektif dan ianya telah berakhir pada kira-kira jam 1.00 tengah hari.




Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SKTJ 2011
Aktiviti ini telah dijalankan pada 2 November 2011 bertempat di padang sekolah SKTJ. perkhemahan ini melibatkan semua murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan dikendalikan sendiri oleh guru-guru SKTJ. Perkhemahan yang diadakan bagi tujuan memberi pendedahan awal pada murid-murid ini hanya dijalan selama 1 hari sahaja tanpa melibatkan aktiviti bermalam. Berbagai aktiviti berbentuk pertandingan dan bukan pertandingan telah dijalankan dan aktiviti ini telah berakhir pada kira-kira 7.00 petang.



Program Suaikenal Dan Motivasi Sekolah-Sekolah Pintar MBSB
Program ini telah berlangsung 14 hingga 16 Oktober bertempat di Hotel Coronade, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan 6 buah sekolah di seluruh Malaysia yang dipilih sebagai Sekolah Angkat Pintar oleh pihak MBSB dengan kerjasama Pintar Foundation. Disamping itu juga wakil dari setiap Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sekolah-sekolah berkenaan juga dijemput hadir. Program selama 3 hari itu melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pemberian sumbangan oleh MBSB, Suaikenal dan program motivasi.




Pameran Oleh Pintar Mobile Learning Unit ( PMLU )
Satu pameran yang disediakan oleh pihak Pintar Foundation telah di adakan di SKTJ pada 16 November 2011. pameran yang diadakan di dalam sebuah bas khas yang berfungsi sebagai satu program pendidikan bergerak . PMLU ini dilengkapi dengan aktiviti dan pengetahuan menarik yang berkaitan dengan "tema" tertentu dan menjadikan cara pembelajaran lebih mudah dan menarik bagi murid-murid. Ruang pameran bas yang boleh menempatkan lebih kurang 50 orang murid serentak juga disediakan dengan 2 orang kakitangan yang memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada semua murid-murid merasai pengalaman yang julung kali diadakan itu.




Majlis Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 
Majlis tersebut telah dijalankan pada 17 November 2011 dengan dihadiri oleh kesemua ibubapa dan waris murid-murid. Majlis ini telah diisikan dengan aktiviti seperti Ucapan YDP PIBG, Taklimat oleh PK HEM dan penyerahan wang RM100 kepada setiap murid yang diwakili oleh ibubapa atau waris mereka. Kesemua ibubapa dan waris Tahun 6 telah menerima bantuan tersebut di dewan SKTJ manakala bagi yang lain-lain menerima di kelas masing-masing. Selain dari menerima pemberian bantuan khas itu, program pertemuan ibubapa dan waris dengan guru-guru juga diadakan bagi menandatangani rekod profail murid untuk sesi persekolahan 2011. 




Majlis Penyerahan Wang Bantuan KWAPM Untuk Tahun 1 Dan Tahun 2 bagi tahun 2011
Majlis telah berlangsung pada 01 Disember 2011 di bilik Penolong Kanan HEM yang melibatkan ibubapa atau penjaga kepada 45 orang murid yang layak menerima bantuan tersebut. Setiap murid telah menerima bantuan sebanyak RM200 dan hampir kesemua ibubapa atau waris telah hadir bagi menerima bantuan tersebut. Dengan kerjasama dari setiausaha HEM, program tersebut telah berjalan dengan baik dan telah selesai pada kira-kira pukul 3.00 petang.



Read more...